Zakat TH Sebanyak RM9.2 Juta Bantu Asnaf Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR, 28 April 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM9,171,043.56 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam satu majlis bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.