TH Sumbang Katil ICU Bernilai RM2Juta Untuk Hospital KKM
PUTRAJAYA, 20 Oktober 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini menyumbang 81 unit katil elektronik bernilai RM2 juta bagi menambah keperluan katil-katil ICU di hospital-hospital terpilih di bawah KKM di seluruh negara melalui Program A'fiat TH.