Korporat
KUMPULAN TERAKHIR 281 JEMAAH HAJI SELAMAT TIBA DI KLIA
Kumpulan terakhir seramai 281 Jemaah Haji Malaysia musim 1434H/2013M (KT 69) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Malaysia Airlines, MH8309 pada jam 7.30 pagi.
Ketibaan para jemaah disambut oleh para Pengurusan Kanan Tabung Haji, MAS dan ahli-ahli keluarga masing-masing yang sudah berada di balai ketibaan, KLIA sejak awal pagi lagi.
KUMPULAN TERAKHIR JEMAAH HAJI DARI TANAH SUCI TIBA DI KLIA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut kepulangan kumpulan terakhir Jemaah Haji Malaysia dari Tanah Suci bagi Musim Haji 1437H/2016M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majlis sambutan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta Pengurusan TH.
Kunjungan Hormat Delegasi Dari Negara Senegal Ke Tabung Haji
KUALA LUMPUR Khamis, 27 Februari - Tabung Haji ( TH ) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari Senegal yang diketuai oleh Mr Muhamadou Lamine Mbacke sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan 'African Institute of Islamic Finance (AIIF)' dan disertai oleh Mr Amadoe Bamba dan Dr. Shazelina Zainul Abidin, Duta Malaysia di Senegal.
Kunjungan Hormat Ketua Perangkawan Malaysia Ke Lembaga Tabung Haji
KUALA LUMPUR Khamis, 6 Februari - Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kunjungan ini diketuai oleh YBhg Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia beserta barisan pengurusan jabatan dan disambut oleh YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Objektif lawatan ini adalah untuk menbincangkan kerjasama strategik antara TH bersama Jabatan Perangkaan Malaysia di dalam merealisasikan program Bancian 2020 Malaysia pada 7 Julai 2020.
Kunjungan Hormat YBTM JPM ke Tabung Haji
KUALA LUMPUR, 7 Mac 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.
YB Senator Dr. Zulkifli Hassan telah disambut oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi TH bersama barisan Pengurusan Kanan TH yang kemudiannya memberi laporan terkini berkaitan operasi TH. Beliau turut dibawa meninjau sekitar kaunter TH Cawangan Jalan Tun Razak dan beramah mesra dengan para pendeposit.
Kunjungan Kerja Delegasi Republik Chechen ke Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan kerja daripada delegasi Chechen Republik diketuai oleh Encik Sayed-Magomed Dzhabrailov, Ketua, SberBank Republik Chechen. Delegasi telah disambut oleh Puan Hajah Rifina Md Arif, Pengurus Besar Kanan Kewangan Korporat dan Perkhidmatan. Mereka kemudiannya diberikan penerangan tentang latarbelakang dan aktiviti TH, terutama berkenaan pasaran modal Islam (SUKUK).
TH turut diwakili oleh Tuan Haji Hamdan Rasid, Ketua Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dan Tuan Haji Nurinanuwar Shamsuddin, Pengurus Besar Pengurusan Haji.
KUNJUNGAN MUHIBBAH IMAM MASJID NABAWI KE TABUNG HAJI
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Fadilatul Al-Syaikh Solah bin Muhammad Al-Badir, Imam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah.
Lawatan ini adalah lawatan sulung beliau ke TH, dan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Kunjungan tersebut disifatkan oleh Dato' Paduka Ismee sebagai platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua belah pihak.
KUNJUNGAN PARTI NIGERIAN POUR LA DEMOCRATIC ET LE SOCIALISME
Parti Parti Nigerian Pour Le Democratic Et Le Socialisme telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji Malaysia. Delegasi seramai 8 orang itu diketuai Mr. Mohamed Bazoum, President of Nigerian Party for Democracy & Socialisme & Minister of State , Minister of Foreign Affairs, operations, African Integration and Nigerians Abroad disambut oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.