Lawatan Kerja Pengarah Urusan kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Ke TH Kelantan (Siri 01/14 2020)
Kelantan, 4 Januari 2020 - Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai TH (PUK & KPE) Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Bin Yusoff telah memulakan siri lawatan kerja beliau yang pertama ke TH Kelantan pada 4 Januari 2020. Rombongan PUK & KPE TH telah disambut oleh Pengarah TH Kelantan Tuan Haji Amat Kassim bin Pait dan barisan pengurusan cawangan TH Kelantan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Haji Ashrof bin Shamsuddin.