Bayaran Zakat TH Memperkasa Sosioekonomi Golongan Asnaf Melaka
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM2,693,964.62 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Zakat Melaka dalam satu majlis ringkas di Pejabat Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Adly bin Zahari.
Majlis Serahan Zakat TH telah disempurnakan oleh Tuan Haji Meor Khairi bin Meor Mohd Bazid, Ketua Pengurusan Portfolio (Ekuiti Domestik). Bayaran zakat bagi negeri Melaka ini mencatatkan peningkatan sebanyak 28.2% berbanding tahun 2017 (RM 2,100,930.99).