Haji
Pengurusan Haji
Urusan haji yang dilaksanakan oleh TH adalah proses yang berterusan dan dilakukan sepanjang tahun bagi memastikan perjalanan operasi haji adalah lancar dan efisen. Pengurusan haji TH adalah komprehensif, bermula sejak bakal-bakal haji menyimpan wang mereka, sehingga mereka kembali ke Tanah Air setelah selesai menunaikan haji di Tanah Suci.
Proses pengurusan haji terbahagi kepada 20 aktiviti termasuk perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan di Tanah Air dan Tanah Suci.
PERJANJIAN PENERBANGAN CARTER DI ANTARA TH DAN AMAL MALAYSIA AIRLINES (AMAL)
KELANA JAYA, 24 MEI 2022 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah memeterai perjanjian penerbangan carter haji bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) selama (3) tiga tahun untuk menyediakan operasi penerbangan carter haji bagi jemaah dari Malaysia.
Perkhidmataan penerbangan carter ini akan diuruskan oleh penyedia penerbangan umrah dan haji, AMAL Malaysia Airlines (AMAL).