Haji
‘Akhlak Mulia Cerminan Kemabruran Haji’ Tema Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) ke-41
KOTA BHARU, 27 September 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) telah memulakan persediaan Haji bagi musim 1446H/2025M dengan mengadakan Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) ke-41 di Perdana Hotel, Kota Bharu, Kelantan. MHPK yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 September, mengangkat tema ‘Akhlak Mulia Cerminan Kemabruran Haji’.
“Thoriq Ya Hajj”
Program “Thoriq Ya Hajj” bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan kecergasan fizikal dalam kalangan bakal haji di samping menggalakkan gaya hidup sihat menjelang musim haji.
Melalui program ini, peserta digalakkan untuk mencapai sasaran langkah harian yang ditetapkan bagi meningkatkan daya tahan tubuh, stamina serta kecergasan keseluruhan. Inisiatif ini juga berperanan sebagai platform sokongan komuniti dalam kalangan bakal haji untuk saling memberi motivasi dan semangat dalam persiapan menghadapi ibadah haji.