Profil Korporat

TH merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963 dan ditadbir berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk mengerjakan haji.
TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam perkhidmatan simpanan, haji dan pelaburan. Sebagai sebuah institusi haji terunggul negara, TH berusaha untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.
TH komited memberi perkhidmatan cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif.
TH mempunyai lebih daripada 9 juta pendeposit dan 125 cawangan dengan 10,000 'touch-points' di seluruh negara. TH juga mempunyai sebuah pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah Konsulat Malaysia.