Korporat
Zakat Perniagaan TH Sebanyak RM8,040,457.49 Diserahkan Kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
PULAU PINANG, 22 Ogos 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang. Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak telah menerima bayaran zakat perniagaan tersebut bagi pihak MAINPP yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Haji Mohamed Ameen Abdul Wahab.
Zakat TH Bantu Pelajar Asnaf Maahad Tahfiz Tarbiyah Darul Iman
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan sumbangan sebanyak RM28,605.66 kepada Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman dalam satu majlis ringkas, di pejabat Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Zakat TH Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Meningkat Sebanyak 27.6% Berjumlah RM5.78Juta
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM5,785,570.19 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan menerima bayaran zakat daripada Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Wahi, Pengurus Besar (Simpanan & Pengeluaran) TH.
Zakat TH Sebanyak RM7.03 Juta Bantu Asnaf Negeri Perak
IPOH, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,036,598.40 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis bertempat di Istana Kinta, Ipoh, Perak.