Zakat TH Sebanyak RM8.55 Juta Bantu Asnaf Wilayah Persekutuan
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM8,554,863.53 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.
YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menerima bayaran Zakat TH ini daripada YBhg. Dato’ Sri Zukri bin Samat, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Bayaran zakat bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini mencatatkan peningkatan sebanyak 25.1% berbanding tahun 2017 (RM6,837,980.09).