TH TERIMA SIJIL KETUA AUDIT NEGARA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan TH 2016 daripada YBhg Tan Sri Dr. Ketua Audit Negara semasa sesi mesyuarat Exit Conference untuk Penyata Kewangan TH 2016 di Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Audit Negara.