Korporat
Program Kayuhan Kasih Tabung Haji Sempena Program Agihan MAIPs Peduli Bersama Raja Muda Perlis
Lembaga Tabung Haji hari ini telah turut serta dalam program Kayuhan Kasih sempena program MAIPs peduli bersama Raja Muda Perlis.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis telah mencemar duli sudi mengunjungi 3 buah rumah asnaf bersama sama YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH untuk menyampaikan sumbangan.
Program Kecekapan Tenaga & Kelestarian Peringkat TH 2024
KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER 2024 : TH telah menganjurkan Program Kecekapan Tenaga dan Kelestarian TH sebagai inisiatif memupuk kesedaran warga TH tentang kecekapan penggunaan tenaga secara berhemah bagi kelestarian alam sekitar. Program ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ameen Abdul Wahab, Pengarah Eksekutif Operasi dan turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Koh Keng Sen, Ketua Pegawai Operasi Sustainable Energy Development Authority (SEDA).
Program Kepimpinan Muda TH (TH Young Leadership Series) dari 30 Buah Sekolah Luar Bandar Yang Terpilih
KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengambil inisiatif menganjurkan Program Kepimpinan Muda TH (TH Young Leadership Series) kepada 90 pelajar dari 30 buah sekolah luar bandar yang terpilih. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBrs. Tuan Syed Hamadah Syed Othman.
Program Khas, Teh Tarik Bersama YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE)
KUALA LUMPUR, 24 September 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan sebuah program khas, Teh Tarik Bersama YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) yang bertempat di Bilik Mesyuarat AM, Lantai 38, Menara TH Tun Razak.
Program Kitar Semula di Pejabat TH Dengan Kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Program Kitar Semula di pejabat TH telah diadakan di Lobi Menara TH hari ini dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertemakan Bersama kita menjaga kebersihan pejabat demi keselesaan menjalankan tugas seharian.
Program ini diadakan bertujuan mengitar semula (Wastewise) di bangunan/ pejabat kerajaan Wilayah Persekutuan. DBKL bersama Alam Flora akan membeli tunai barang-barang untuk di kitar semula. Ketua Pegawai Sumber Manusia, Tuan Haji Mohd Hisham Harun berkesempatan untuk turut serta di dalam program ini.
PROGRAM MKPI MENTERI DI JPM
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan TH telah menganjurkan Program Pembentangan MKPI 2012 oleh Agensi-agensi pada 20 Mac 2012 yang lalu. Program ini telah dihadiri YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri Ketua-ketua agensi di bawahnya.
Program Pemukiman Sesi Perancangan Strategik TH Pertengahan Tahun 2020
SEPANG, 29 Jun 2020 - Lembaga Tabung Haji ( TH) hari ini menganjurkan Program Pemukiman Sesi Penilaian Setengah Tahun Pelan Strategik TH 2020 yang dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Objektif pelaksanaan program berdurasi tiga hari yang melibatkan Anggota Lembaga TH, Wakil Pengurusan Kanan, Anak-anak Syarikat dan anggota TH ini bertujuan untuk membincangkan pencapaian bagi pertengahan tahun 2020. Selain itu juga, program ini turut menampilkan forum perbincangan dan perkongsian wakil-wakil industri.
Program Pengukuhan Integriti Peringkat Ibu Pejabat TH Siri 02-2019
Bahagian Integriti dan Projek Khas dengan kerjasama bahagian-bahagian utama TH khususnya Sumber Manusia, Haji, Simpanan dan Pengeluaran, Operasi Pejabat Cawangan, Khidmat Pelanggan, Undang-Undang, Risiko dan Pematuhan, dan Teknologi Maklumat; terus komited menganjurkan Program Pengukuhan Integriti 2019 bagi memastikan aspirasi untuk memantapkan dan membudayakan integriti di TH dapat dicapai.
PROGRAM RAKAN STRATEGIK PENGURUSAN MODAL INSAN (PMI) TH
Program Rakan Strategik Pengurusan Modal Insan (PMI) TH siri 1 telah diadakan di G Tower. Program ini yang dihadiri pengurus kanan ke atas telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji.