TH Sumbang Hampir RM160 Ribu Bantu Pelajar Asnaf
KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) telah melancarkan Program Bijak Bestari Kampung Bharu bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dan juga sebagai menyokong usaha Kerajaan melalui inisiatif Kampung Angkat Madani.
Program Bijak Bestari melibatkan kira-kira 100 orang pelajar sekolah rendah dan menengah daripada kalangan asnaf dan turut bertujuan membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi menangani masalah keciciran pelajaran.