KUALA LUMPUR, 24 JUN 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan beberapa penerbangan balik jemaah akan dijadualkan semula atas nasihat keselamatan syarikat penerbangan dan bagi menyesuaikan dengan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat.
Penerbangan yang akan mengalami penjadualan semula adalah:-
Kedua-dua penerbangan carter haji di atas telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal. Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik.
Kesemua jemaah yang terlibat telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka.
Koordinasi di lapangan terbang sedang giat dijalankan antara pihak syarikat penerbangan dan TH bagi memastikan kelancaran urusan logistik jemaah.
Setakat ini sebanyak 39 penerbangan telah tiba di tanah air dengan baki 61 penerbangan lagi. Sebarang perkembangan lanjut, termasuk perubahan jadual oleh syarikat penerbangan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-TAMAT-