MAJLIS SAHABAT KORPORAT DAN RUMAH TERBUKA TABUNG HAJI
Lembaga Tabung Haji mengadakan Majlis Sahabat Korporat dan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri oleh lebih seribu jemputan di Dewan Perdana FELDA.
Program Sahabat Korporat Lembaga Tabung Haji bertujuan membantu meringankan tanggungan kewangan dan juga memberi kemudahan kepada bakal haji Malaysia khususnya jemaah haji muassasah dalam menyediakan kelengkapan barangan keperluan harian untuk kegunaan ketika berada di Tanah Suci.