PROGRAM EHSAN TH RAI GOLONGAN ASNAF DI TERENGGANU
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini meraikan 370 Asnaf di sebuah majlis penyerahan sumbangan Program Ehsan TH di Terengganu. Sebanyak RM185,000 diperuntukkan untuk negeri Terengganu.
Di majlis tersebut TH menyumbangkan RM500 seorang. Majlis penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohyen Mosman, Pengarah TH Terengganu.