SPB YANG DI-PERTUAN AGONG MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA JEMAAH HAJI
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Bakal Jemaah Haji 1435H/2014M oleh Seri Paduka Baginda (SPB) Yang Di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Kompleks Haji dan Hotel TH Kelana Jaya, Selangor.
Di dalam titah ucapannya, Baginda mengucapkan tahniah kepada para bakal jemaah kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.