Haji 1440H

Jawapan / Answer
1. Layak Bayaran Haji RM9,980  2. Tidak Layak dan Bayaran Penuh
RM22,900
Bakal Haji yang terpilih bagi tahun semasa yang menunaikan haji buat kali pertama dan secara Muassasah 
  • Bakal Haji yang terpilih bagi tahun semasa yang pernah menunaikan haji secara Muassasah.
  • Harga pakej adalah seperti yang ditetapkan oleh syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan TH Travel & Services Sdn Bhd 

 

Jawapan / Answer

Kuota haji rasmi negara-negara  dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation - OIC) atau OIC, termasuk Malaysia adalah berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan. Pihak Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 % daripada jumlah penduduk negara berkenaan berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation’s World Population Prospect).

Justeru itu, kuota rasmi haji Malaysia adalah sebanyak 31,600 orang (berasaskan perangkaan penduduk Malaysia pada masa kini).

Jawapan / Answer

Ya, kekal bagi mereka yang layak seperti di atas.

Jawapan / Answer

Kos haji RM22,900 adalah kos langsung seperti kos penerbangan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, penginapan, sajian dan kos Masyair sahaja. 

Jawapan / Answer

Kuota rasmi Malaysia adalah sebanyak 31,600 orang (berasaskan perangkaan penduduk Malaysia pada masa kini).

Jawapan / Answer

Bayaran penuh dikenakan untuk Musim Haji 1440H seperti peraturan sedia ada iaitu RM22,900 seorang untuk jemaah yang memilih cara Muassasah.

Jawapan / Answer
  • Kursus-kursus di Tanah Air (Asas, Intensif, Perdana)
     
  • Petugas Kebajikan dan Perubatan termasuk doktor pakar, doktor perubatan, doktor gigi, jururawat dan physiotherapy
     
  • Penyediaan pusat rawatan/hospital di Makkah dan Madinah
     
  • Pembelian ubat-ubatan
     
  • Pusat perkhidmatan seperti kaunter kewangan, pembimbing ibadat haji
Jawapan / Answer

Kerajaan Malaysia setiap tahun memohon kuota tambahan daripada Kerajaan Arab Saudi. Walau bagaimanapun keputusan tambahan kuota ini adalah hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.

Jawapan / Answer

Tiada kaitan kerana ini adalah sejajar dengan peningkatan kos langsung pengendalian haji seperti kos penerbangan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, penginapan, sajian dan kos Masyair. 

Jawapan / Answer

Semua Bakal Haji Muassasah menerima perkhidmatan yang sama. 

Jawapan / Answer

Tiada kaitan kerana ini adalah sejajar dengan peningkatan kos langsung pengendalian haji seperti kos penerbangan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, penginapan, sajian dan kos Masyair.

Jawapan / Answer

Tempoh menjawab tawaran adalah seperti yang ditetapkan mengikut surat tawaran. 

Jawapan / Answer

Kos Haji dan Bayaran Haji akan diumumkan setiap tahun.

Jawapan / Answer

Tiada makluman untuk musim haji tahun ini.

Jawapan / Answer

TH ingin memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah menunaikan fardhu haji melaksanakan Rukun Islam ke-lima (5). Kewajipan menunaikan fardhu haji disyariatkan hanya sekali seumur hidup.

Jawapan / Answer

Perkhidmatan pakej haji ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan yang telah diberikan lesen oleh TH iaitu Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH). Sila klik disini untuk mendapatkan senarai PJH bagi tahun semasa.

Jawapan / Answer

Subsidi haji hanya diberikan kepada Bakal Haji yang terpilih bagi tahun semasa yang menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah, termasuk yang membuat rayuan bagi menunaikan haji tahun ini.

Jawapan / Answer

Apa-apa pendaftaran terdahulu kekal. Syarat ini hanya terpakai bermula 28 Februari 2019 ke hadapan.