Kempen Mudahnya Menyimpan
Grafik Kempen
Tempoh Kempen
Bermula pada 1 Julai hingga 31 Disember 2025.
Kelayakan Penyertaan
- Terbuka kepada semua pendeposit berusia bawah 65 tahun;
- Terhad kepada pendaftaran baharu direct debit atau caruman potongan gaji yang dibuat dalam tempoh kempen dengan jumlah minimum RM200.00 setiap bulan.
- Tiada sebarang pengeluaran dalam tempoh kempen.
- Hanya transaksi berjaya sahaja yang diambilkira untuk kedua-dua kategori.
Hadiah
-
Hadiah-hadiah bagi Kempen ini adalah seperti berikut:
-
Hadiah utama:
40 pakej percutian dan langganan TH Khairat percuma selama setahun. -
Hadiah sampingan (bulanan):
3,000 langganan TH Khairat percuma selama setahun
-
- Pemberian hadiah adalah mengikut kategori caruman iaitu Direct Debit dan potongan gaji. Hadiah-hadiah mengikut kategori adalah seperti berikut:-
Potongan Gaji Direct Debit 20 x Hadiah Utama - 5 x pakej percutian ASEAN bernilai RM3,000.00 setiap satu langganan TH Khairat percuma selama setahun
- 15 x pakej percutian domestik bernilai RM1,000.00 setiap satu & langganan TH Khairat percuma selama setahun
250 x Hadiah Bulanan
Langganan TH Khairat percuma selama setahun
20 x Hadiah Utama - 5 x pakej percutian ASEAN bernilai RM3,000.00 setiap satu & langganan TH Khairat percuma selama setahun
- 15 x pakej percutian domestik bernilai RM1,000.00 setiap satu & langganan TH Khairat percuma selama setahun
250 x Hadiah Bulanan
Langganan TH Khairat percuma selama setahun
- 5 x pakej percutian ASEAN bernilai RM3,000.00 setiap satu langganan TH Khairat percuma selama setahun
- Peserta yang menyimpan selama 6 bulan berturut-turut dan tanpa pengeluaran layak menyertai cabutan hadiah utama.
-
Hadiah bukan tunai tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai (untuk hadiah bukan tunai) atau barangan lain sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
-
Kesemua hadiah dan nilai yang telah dinyatakan adalah benar semasa percetakan dan/atau penerbitan. Imej hadiah yang dipaparkan dalam mana-mana bahan pemasaran dan pengiklanan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar yang diterima.
-
Setiap Peserta Yang Layak berhak menyertai satu (1) cabutan dan/atau hadiah sahaja dalam Kempen ini jika Peserta Yang Layak termasuk di dalam Kriteria Kelayakan, dan mematuhi Terma dan Syarat semasa Tempoh Kempen.
-
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, TH dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengesahan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, berkenaan dengan hadiah melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan kelalaian secara sengaja oleh pihak TH.
Pemilihan Pemenang
- Pemenang bagi Kempen ini akan dipilih menggunakan sistem cabutan berkomputer.
- Keputusan pemenang akan diumumkan pada bulan April 2026. Pemenang akan diberi tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pengumuman pemenang dibuat untuk menuntut hadiah kemenangan dan mengaktifkan langganan TH Khairat di aplikasi THiJARI (sehingga 31 Julai 2026).
- Pemenang mesti telah mengemaskini maklumat peribadi yang terkini dalam sistem TH termasuk alamat semasa, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang sah untuk pemberitahuan dan pengesahan.
- TH akan memberikan notifikasi kepada semua pemenang yang terpilih untuk memaklumkan kemenangan dan mengesahkan alamat. Pemenang yang gagal dihubungi atau tidak menuntut hadiah dalam waktu yang ditetapkan akan dibatalkan kemenangannya.
- TH berhak meminta dokumen berkaitan atau bukti pengenalan bertulis termasuk maklumat berhubung umur dan tempat kediaman pemenang sebelum pemenang menuntut Hadiah.
- TH berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk memilih Peserta Yang Layak yang lain bagi menggantikan mana-mana pemenang yang tidak layak atau hilang kelayakan untuk Kempen ini dan/atau Hadiah atas apa-apa sebab tanpa alasan sepanjang Tempoh Kempen ini.
Terma dan Syarat Am
- Peserta Yang Layak adalah dinasihati untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat yang telah ditetapkan sebelum menyertai Kempen ini. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat ini.
- Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak mestilah termasuk di dalam Kriteria Kelayakan. Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh TH, Peserta Yang Layak tidak perlu menandatangani atau mengisi mana-mana borang permohonan untuk menyertai Kempen ini.
- Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak:-
- akan bersetuju dan membenarkan data peribadinya dikumpul, diproses dan digunakan oleh TH selaras dengan Notis Privasi TH setakat mana yang perlu untuk tujuan Kempen ini termasuk untuk aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi. Sebagai mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, TH akan melindungi data peribadi Peserta Yang Layak;
- akan bersetuju untuk TH menerbitkan atau memaparkan nama- namanya atau gambar-gambarnya di dalam media pemasaran atau laman sesawang TH bagi Kempen ini (mana-mana yang terpakai) yang dinyatakan sesuai bagi tujuan publisiti; dan
- akan bersetuju terhadap keputusan TH mengenai semua perkara berkaitan dengan Kempen ini, pemilihan pemenang- pemenang dan hadiah melalui enjin cabutan automatik adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas semua Peserta Yang Layak. TH tidak berobligasi untuk mengemukakan apa-apa sebab dan tiada sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh TH akan dilayan.
- akan bersetuju dan membenarkan data peribadinya dikumpul, diproses dan digunakan oleh TH selaras dengan Notis Privasi TH setakat mana yang perlu untuk tujuan Kempen ini termasuk untuk aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi. Sebagai mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, TH akan melindungi data peribadi Peserta Yang Layak;
- Akaun TH milik Peserta Yang Layak MESTI tidak ditutup, akaun yang sah dan/atau tidak dibekukan seperti yang ditentukan oleh TH atau tertakluk kepada sebarang lampiran, perintah yang bertentangan dikenakan oleh pihak mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang Tempoh Kempen dan/atau sebelum penyerahan Hadiah, jika tidak Peserta Yang Layak akan hilang kelayakan daripada menyertai Kempen ini dan/atau Hadiah tersebut akan akan dilucuthakkan. Peserta Yang Layak yang kehilangan hak ke atas Hadiah tidak berhak untuk menerima sebarang bayaran atau pampasan.
- TH mempunyai hak mengikut budi bicara tunggalnya untuk membatalkan kelayakan Peserta Yang Layak yang ia menentukan telah mengganggu proses kemasukan atau gagal memenuhi keperluan serta memenuhi Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.
- TH dengan ini tidak bertanggungjawab bagi apa-apa tanggungjawab cukai yang mungkin timbul daripada Hadiah-Hadiah tersebut atau penggunaannya. Sekiranya terdapat apa-apa tanggungjawab pemfailan cukai atau bayaran cukai (sekiranya ada) kepada pihak berkuasa yang berkenaan lanjutan daripada penerimaan hadiah-hadiah ianya tetap di bawah tanggungjawab pemenang sepenuhnya. Adalah menjadi tanggungjawab pemenang untuk mendapatkan nasihat bebas mengenai tanggungjawab cukai yang mungkin timbul terhadap kedudukan kewangan mereka.
- TH atas budi bicara mutlaknya berhak untuk meminda, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dan/atau Terma dan Syarat dari semasa ke semasa, keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis yang cukup dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. Kaedah pemberitahuan akan dibuat sama ada melalui notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan, di laman sesawang TH mahupun di media sosial TH atau melalui kaedah lain yang boleh ditetapkan oleh TH. Untuk mengelakkan keraguan, pindaan, pembatalan, penamatan, atau penggantungan Kempen oleh TH dan/atau Terma dan Syarat tidak memberi hak kepada Peserta Yang Layak Kempen ini membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap TH bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung atau dialami oleh Peserta Yang Layak sama ada secara langsung dan tidak langsung akibat daripada pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
- TH mempunyai hak mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah yang dimenangi dengan hadiah lain yang sama nilai dengannya atau dengan apa jua hadiah yang TH anggap sesuai dengan memberikan notis kepada Peserta Yang Layak sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh setiap cabutan yang telah dijadualkan dibuat oleh TH. Kaedah pemberitahuan akan dibuat sama ada melalui notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan, di laman sesawang TH mahupun di media sosial TH atau melalui kaedah lain yang boleh ditetapkan oleh TH.
- Hadiah-hadiah dalam Kempen ini tidak termasuk kos-kos lain seperti pengangkutan dan sebagainya, melainkan kos seperti yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini (jika ada).
- Pemenang-pemenang mungkin akan dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah atau majlis seumpamanya (jika ada) di lokasi dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Pemenang-pemenang adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbelanjaan yang timbul bagi menghadiri majlis penyampaian hadiah tersebut.
- TH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dalam penafsiran fakta, dan/atau sebarang kecederaan dan/atau kehilangan ke atas nyawa dan/atau kerugian harta benda berikutan Hadiah yang dimenangi menerusi Kempen ini dan tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun sama ada secara langsung atau tidak langsung, ke atas sebarang kerugian atau kerosakan atau apa-apa kecederaan peribadi dan/atau apa-apa yang dialami oleh Pemenang-pemenang Hadiah yang berlaku secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, berhubung dengan Kempen ini atau penyertaan mereka di dalam Kempen ini atau penerimaan atau semasa menggunakan Hadiah atau apa-apa yang dialami semasa dalam perjalanan untuk mengambil hadiah dan/atau akibat daripada sebarang tindakan atau pengabaian apa juga dari TH, kecuali apa-apa liabiliti yang tidak dikecualikan oleh undang-undang. TH tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun bagi segala urusan di luar kawalan TH berhubung Kempen ini dan perkara yang berkaitan dengannya.
- Peserta Yang Layak adalah dinasihatkan untuk melayari laman sesawang TH dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma dan Syarat ini dan memastikan mempunyai maklumat terkini mengenai sebarang perubahan atau pindaan kepada Terma dan Syarat ini.
- Peserta Yang Layak bertanggungjawab untuk memastikan nombor telefon dan/atau alamat e-mel dan/atau alamat surat- menyurat adalah terkini dan dikemaskini dengan TH. Pemberitahuan daripada TH adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat surat-menyurat Peserta Yang Layak di Malaysia yang dikekalkan dengan TH. TH tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Yang Layak untuk sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang mengalir daripadanya) yang dialami atau apa-apa jua kegagalan dalam menyampaikan sebarang maklumat sekiranya nombor telefon dan/atau alamat surat menyurat Peserta Yang Layak tidak terkini atau tidak benar.
- Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan atau berhubung dengan Kempen, Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai.
- Semua Terma dan Syarat ini adalah tertakluk dan akan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Peserta Yang Layak bersetuju untuk terikat dengan bidang kuasa Mahkamah-Mahkamah Malaysia.
- Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau maklum balas berkaitan dengan Kempen ini, pendeposit boleh menghubungi TH Contact Centre di talian 03-62071919 atau secara alternatif melalui e-mel di th-info@lth.gov.my.