• Home
  • Media Sosial
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Karier
  • OKU
  • Janji Temu
  • Lokasi
    Cawangan
  • Hubungi
    Kami
  • MENU
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Rangka Kerja Pengawasan TH
    • Data & Statistik
    • Notis Privasi
    • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Panel Pelaburan
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Barisan Pengurusan

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program CSR Zakat
    • Sumbangan

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Ibu Pejabat
    • Pejabat Cawangan

    Media & Muat Turun

    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Khutbah Arafah
    • Galeri Foto
    • Arkib
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Agihan Keuntungan

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Rakan Strategik
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
    • TH Khairat
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • Kempen

    Kempen

    • Kempen Auto Simpan @ THiJARI
    • Kempen Cemerlang SPM 2024
    • Kempen Raikan Kelahiran
    • Kempen Simpanan Berkat Ganjaran Hebat 2025
    • Kempen Bijak Menabung
    • Kempen #SimpanKonsisten

    Borang-Borang

    • Muat Turun
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pengurusan Haji
    • Pendaftaran Haji
    • Rayuan Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Bimbingan

    • E-Bimbingan Portal
    • Kursus Haji
    • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
    • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
    • Penerbitan Haji
    • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    • Resolusi Muzakarah Haji
    • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Perkhidmatan

    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
    • Bayaran Haji 1446H/2025M
    • Rayuan Haji 1446H/2025M
    • Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (BH) bagi Musim Haji 1446H/2025M

    Kempen

    • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Amanah dan komited
demi anda.

Amanah dan komited demi anda.
Home
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Rangka Kerja Pengawasan TH
      • Data & Statistik
      • Notis Privasi
      • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Panel Pelaburan
      • Jawatankuasa Penasihat Syariah
      • Barisan Pengurusan
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program CSR Zakat
      • Sumbangan
    • Karier dan Latihan Industri
      • Info
    • Direktori
      • Ibu Pejabat
      • Pejabat Cawangan
    • Media & Muat Turun
      • Berita
      • Kenyataan Media
      • Khutbah Arafah
      • Galeri Foto
      • Arkib
        • Balai Berita
        • Galeri Media
        • Laporan Tahunan
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Agihan Keuntungan
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Rakan Strategik
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
      • TH Khairat
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Borang-Borang
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • Kempen
    • Kempen
      • Kempen Auto Simpan @ THiJARI
      • Kempen Cemerlang SPM 2024
      • Kempen Raikan Kelahiran
      • Kempen Simpanan Berkat Ganjaran Hebat 2025
      • Kempen Bijak Menabung
      • Kempen #SimpanKonsisten
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pengurusan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Rayuan Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Bimbingan
      • E-Bimbingan Portal
      • Kursus Haji
      • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
      • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
      • Penerbitan Haji
      • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
      • Resolusi Muzakarah Haji
      • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)
    • Soalan Lazim
      • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
      • Bayaran Haji 1446H/2025M
      • Rayuan Haji 1446H/2025M
      • Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (BH) bagi Musim Haji 1446H/2025M
    • Kempen
      • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Karier & Latihan Industri, info lanjut>
  • THiJARI, Perkhidmatan TH kini dihujung jari anda
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : Mei 2025
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : Jun 2025
Wukuf
05 Jun 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Sudah Berlalu

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) Melaksanakan Gaji Kehidupan Wajar

Selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI untuk Menaikkan Siling dan Menaikkan Lantai bagi Meningkatkan Taraf Hidup, Kesejahteraan dan Produktiviti Pekerja

PUTRAJAYA, 1 Mei 2025 – Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) secara kolektif telah melaksanakan dasar gaji kehidupan wajar untuk semua pekerja tetap di Malaysia. GLIC yang telah memenuhi komitmen kepada dasar gaji kehidupan wajar di mana semua pekerja tetap warga Malaysia kini memperoleh lebih daripada gaji kehidupan wajar bulanan, termasuk, Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), Permodalan Nasional Berhad (“PNB”), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”) dan Lembaga Tabung Haji (“TH”).

“Melaksanakan visi Ekonomi MADANI memerlukan pendekatan seluruh negara, dengan sektor korporat memainkan peranan utama. Langkah kolektif GLIC untuk melaksanakan gaji kehidupan wajar adalah langkah penting untuk 'menaikkan lantai', bagi memastikan pertumbuhan yang inklusif dan berakar umbi dalam kesejahteraan rakyat Malaysia,” kata YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

Pelaksanaan komitmen gaji kehidupan wajar adalah sebahagian daripada inisiatif GEAR-uP yang diterajui oleh Kementerian Kewangan (“MOF”) di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI yang memerlukan usaha bersinergi daripada GLIC sebagai pemangkin pertumbuhan dalam sektor ekonomi utama di Malaysia, dengan dua objektif “menaikkan siling” dan “menaikkan lantai”. Berdasarkan analisis perbandingan penggajian industri dan piawaian kos sara hidup yang digariskan dalam Panduan Belanjawanku 2024/2025, penanda aras gaji kehidupan wajar telah ditetapkan pada kira-kira RM3,100 sebulan, iaitu lebih tinggi daripada gaji minimum RM1,700 yang diumumkan pada Belanjawan 2025 dan dilaksanakan pada 1 Februari 2025.

Panduan Belanjawanku, yang dibangunkan bersama oleh KWSP dan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial, Universiti Malaya, menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimum yang diperlukan untuk taraf hidup yang baik.

Pendekatan gaji kehidupan wajar memperkasa majikan untuk menawarkan jumlah pampasan yang melebihi gaji asas, merangkumi pelbagai manfaat yang meningkatkan kualiti hidup individu, termasuk penjagaan kesihatan, pelan persaraan, dan mekanisme simpanan.

Permodalan Nasional Berhad (“PNB”)

Susulan komitmen terdahulu yang diberikan kepada inisiatif ini, PNB telah menyesuaikan penggajian semua tenaga kerjanya bagi memastikan semua pekerja kini memperoleh lebih daripada gaji kehidupan wajar.

“Kami berbesar hati kerana dapat memenuhi komitmen kami terhadap inisiatif gaji kehidupan wajar. Fokus kami kini adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) strategik utama kami. Pertamanya untuk mereka menerima dasar gaji kehidupan wajar, seterusnya melaksanakan dasar tersebut mengikut garis masa yang dipersetujui.”

“Sejak 2023, kami sentiasa terlibat bersama GLC kami dalam hal mengenai rangka kerja gaji kehidupan wajar ini, menggesa mereka secara proaktif agar komited kepada Dasar Gaji Kehidupan Wajar dan mempercepatkan pelaksanaannya. Sehingga kini, tiga daripada syarikat strategik kami telah mengeluarkan Dasar Gaji Kehidupan Wajar, dan kami menyasarkan agar semua syarikat strategik kami untuk menerima dan menyatakan komitmen kepada Dasar Gaji Kehidupan Wajar menjelang 2026,” kata Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB.

PNB memperkenalkan Rangka Kerja Gaji Kehidupan Wajar dalam organisasi pada 2023 komitmen terhadap tanggungjawab sosial dan kesejahteraan pekerja. Pada Januari 2025, PNB telah memperhalusi garis panduan pengundiannya, menggalakkan syarikat pelaburannya untuk meneroka dan menerima rangka kerja tersebut. PNB mengiktiraf bahawa industri yang pelbagai dan kompleks di mana GLC dan Korporat Malaysia terlibat memerlukan masa yang berbeza untuk pelaksanaan, namun ia percaya semua syarikat harus komited dan mempunyai perancangan yang jelas dalam memastikan para pekerja memperoleh penggajian yang adil untuk menikmati taraf hidup yang boleh diterima.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”)

Selaras dengan strategi Malaysia yang berlandaskan rangka kerja “A Nation That Creates” dengan tujuan untuk memacu fasa seterusnya transformasi ekonomi Malaysia, Khazanah komited untuk menyokong aspirasi Ekonomi MADANI, terutamanya dalam menaikkan kedua-dua lantai dan siling untuk rakyat Malaysia.

Khazanah telah memenuhi komitmennya untuk menyediakan gaji kehidupan wajar kepada pekerjanya dan telah melibat secara aktif dengan syarikat-syarikat teras dalam pegangannya untuk melaksanakan amalan gaji kehidupan wajar dalam keseluruhan operasinya.

Khazanah percaya bahawa setiap individu harus mempunyai akses kepada pendapatan yang memastikan taraf hidup yang baik dan membolehkan penyertaan bermakna dalam masyarakat. Gaji kehidupan wajar bukan sahaja menyokong kesejahteraan individu dan ketahanan pada masa sukar tetapi turut mengukuhkan keupayaan untuk merancang masa depan, termasuk persaraan.

“Khazanah komited untuk memimpin melalui teladan dan telah melaksanakan gaji kehidupan wajar dalam operasi kami, sementara sepuluh (10) daripada syarikat pegangan teras kami telah komited untuk melaksanakan gaji kehidupan wajar. Kami akan terus mempromosikan kesedaran dan penerimaan yang lebih besar dengan syarikat-syarikat portfolio kami yang lain. Menyokong gaji kehidupan wajar adalah kunci dalam meningkatkan produktiviti, membina perniagaan yang lebih kukuh dan berdaya tahan yang menyumbang kepada laluan pembangunan yang stabil, saksama dan mampan untuk Malaysia,” kata Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”)

KWSP komited terhadap pelaksanaan Rangka Kerja Gaji Kehidupan Wajar di seluruh organisasi, berpandukan kepada Panduan Belanjawanku sendiri, penanda aras negara yang diiktiraf bagi standard kehidupan yang wajar di Malaysia. Langkah ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI untuk “Menaikkan Lantai” dengan menambah baik tahap gaji dan meningkatkan bahagian pendapatan buruh kepada 45%.

“Sebagai penjaga amanah simpanan persaraan untuk lebih daripada 16 juta rakyat Malaysia, kami percaya tanggungjawab untuk memacu kecukupan pendapatan bermula dengan kami. Dengan memastikan semua pekerja memperoleh gaji kehidupan wajar, kami sedang memperkukuhkan misi organisasi untuk membina ekosistem persaraan yang berdaya tahan dan inklusif, yang bermula dengan gaji yang adil hari ini bagi memastikan pendapatan yang mencukupi pada hari esok.” Kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn.

“Komitmen ini mengiktiraf martabat kerja dan menetapkan standard yang bermakna untuk majikan di seluruh negara. Akhirnya, peningkatan gaji meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada simpanan persaraan yang lebih kukuh, memastikan keperluan masa depan dipenuhi dengan bermartabat.”

Beliau menambah bahawa KWSP juga akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat pelaburan dan rakan ekosistemnya untuk menggalakkan penerimaan rangka kerja yang serupa, menyokong masa depan ekonomi yang lebih inklusif dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”)

KWAP menegaskan komitmennya terhadap kemajuan ekonomi yang mampan dan inklusif, dan telah melaksanakan gaji kehidupan wajar di seluruh organisasi dan anak syarikatnya. KWAP melihat langkah ini sebagai penambahbaikan kebajikan pekerja dan sebagai langkah strategik yang selaras dengan matlamat nasional jangka panjang di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI.

“Di KWAP, kami melihat ketahanan ekonomi berkait secara asas dengan kesejahteraan warga kerja kami. Pelaksanaan gaji kehidupan wajar adalah pernyataan yang jelas terhadap komitmen kami untuk meningkatkan taraf hidup pekerja kami, selaras dengan aspirasi nasional. Sebagai penjaga dana pencen sektor awam terbesar di Malaysia, tumpuan kami bukan sahaja untuk memberikan pulangan kewangan yang mampan, tetapi juga menyokong mereka yang membolehkan penciptaan nilai jangka panjang kami,” kata Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”)

Komitmen LTAT terhadap gaji kehidupan wajar sebanyak RM3,100 mencerminkan misi berterusan kami untuk melindungi dan meningkatkan mereka yang berkhidmat untuk negara—sama ada pasukan beruniform mahupun tenaga kerja awam. Ikrar ini bukan sekadar penanda aras kewangan; ia adalah penegasan terhadap kepercayaan kami bahawa mereka yang menyumbang kepada perkhidmatan negara, secara langsung atau tidak langsung, wajar mendapat kehidupan yang berkualiti dan bermaruah.

LTAT menangani isu ini menerusi semakan pada tahun 2025, yang melibatkan semakan struktur gaji merangkumi elemen bukan penggajian untuk menyokong kebajikan pekerja secara holistik. Penambahbaikan ini adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh LTAT untuk mengukuhkan jaminan jangka panjang bagi setiap individu di bawah tanggungannya. Komitmen ini bukan sahaja kepada pekerja kami tetapi juga dipanjangkan kepada keluarga mereka bagi mengiktiraf bahawa kehidupan yang bermaruah mestilah merangkumi kesejahteraan isi rumah, dan bukan sekadar pendapatan individu.

“Bagi LTAT, pelaburannya adalah berteraskan agenda pembangunan negara, justeru komitmen ini adalah kewajipan moral dan keperluan strategik. Ia mengukuhkan ketahanan ekonomi dari bawah— bermula dengan individu yang menjadi tulang belakang kepada operasi kami. Sebagai GLIC, kami menyedari sepenuhnya peranan kami dalam membentuk masa depan yang lebih saksama, dan LTAT akan memastikan komitmen ini dilaksanakan di seluruh ekosistem kami dengan menggalakkan syarikat pelaburan dan rakan kongsi kami untuk mencontohi langkah ini,” kata Mohammad Ashraf Md. Radzi, Ketua Eksekutif LTAT.

Lembaga Tabung Haji (“TH”)

TH komited untuk memelihara kebajikan para pekerjanya dan menyokong inisiatif gaji kehidupan wajar.

TH telah melaksanakan inisiatif gaji kehidupan wajar dan akan berusaha untuk menambahbaiknya dari masa ke semasa. TH juga akan bekerjasama dengan Kumpulan Syarikatnya untuk memastikan impak yang lebih besar. Sebagai institusi kewangan Islam, melabur untuk para warganya adalah selaras dengan objektif Maqasid Shariah, yang menjadi asas kepada Rangka Kerja Pengurusan TH.

Langkah kolektif GLIC ini menandakan langkah penting ke arah memupuk Malaysia yang lebih saksama dan makmur, menekankan kepentingan kolaborasi dalam mencapai matlamat rangka kerja Ekonomi MADANI, membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah dan lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

-TAMAT-

PDF Kenyataan Akhbar
Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) Melaksanakan Gaji Kehidupan Wajar

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati 519 kali.
Telah dikemaskini pada 12-06-2025

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Polisi TH

Notis Privasi TH
Dasar Privasi Portal TH
Terma & Syarat
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Perhubungan & Bantuan

Borang Maklumbalas
Peta Laman
 

Anggota TH

E-Anggota

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin