Kenyataan Tender Cadangan Kerja-kerja Ubahsuai Ruangan Pejabat Sementara
Lembaga Tabung Haji (TH) ingin mempelawa Pembekal berpengalaman dan berkelayakan yang memenuhi kriteria Pra-Kelayakan Tender yang disenaraikan di bawah untuk menyertai tender bagi Cadangan Kerja-kerja Ubahsuai Ruangan Pejabat Sementara di Lantai 14, Menara TH Tun Razak.
Arahan kepada Pembekal
1. Pembekal yang berminat dikehendaki mengemukakan permohonan berserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada TH. E-melkan "Berhasrat untuk Menyertai" anda ke tender@lth.gov.my. Sila sertakan butiran berikut:
- Tajuk Tender: Cadangan Kerja-kerja Ubahsuai Ruangan Pejabat Sementara di Lantai 14, Menara TH Tun Razak.
- Maklumat Syarikat: Nama Syarikat, Orang Hubungan, Nombor Telefon (pejabat dan mudah alih) dan Alamat e-mel.
- Lampiran: Sijil CIDB, Senarai Pengalaman Syarikat (masih berjalan & telah selesai – yang mengandungi Tajuk, Tarikh dan Amaun Tender), Penyata Bank 3 Bulan Terkini dan lampiran lain yang berkaitan.
2. Sekiranya syarikat anda belum menjadi Pembekal Berdaftar TH, anda dikehendaki mendaftar. Sila imbas Kod QR untuk pendaftaran (yuran pendaftaran sebanyak RM225.00 dan tidak boleh dikembalikan).
3. Hanya Pembekal yang berjaya akan diberikan akses kepada dokumen tender selepas sesi lawatan tapak.
4. Maklum balas bagi iklan tender ini akan dibuka sehingga 15 Ogos 2025 (Jumaat), jam 12.00 Tengah hari dan syarikat perlulah menyelesaikan proses pendaftaran sebelum tarikh ini (sekiranya belum berdaftar).
5. TH tidak bertanggungjawab untuk memberikan sebarang akuan penerimaan sebagai pengesahan penerimaan “Berhasrat untuk Menyertai" kepada Pembekal.
6. TH tidak bertanggungjawab untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung penerimaan atau penolakan terhadap sebarang permohonan "Berhasrat untuk Menyertai".
Pendaftaran
Pendaftaran Tender Cadangan Kerja-kerja Ubahsuai Ruangan Pejabat Sementara adalah dengan membuat imbasan kod QR seperti berikut :