Balai Berita

2021

Jun 2021

13 Jun 2021
Kenyataan AkhbarHaji
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1442H/2021M selaras dengan keputusan muktamad Kerajaan Arab Saudi bahawa tiada jemaah negara luar termasuk Malaysia yang akan dibenarkan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji, atas faktor keselamatan dan kesihatan semua.
10 Jun 2021
Kenyataan AkhbarHaji
KUALA LUMPUR, 10 Jun 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal (upah) haji yang sering dipromosikan di media sosial oleh agensi pelancongan dan individu tertentu. 
4 Jun 2021
Kenyataan AkhbarHaji
KUALA LUMPUR, 4 Jun 2021 – Bakal haji Malaysia dinasihatkan untuk sabar menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai status ibadat haji tahun ini. TH akan memaklumkan sebaik sahaja keputusan rasmi diperolehi dari Kerajaan Arab Saudi berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji untuk musim ini. 

Mei 2021

31 Mei 2021
Kenyataan AkhbarKorporat
KUALA LUMPUR, 31 Mei 2021 – Sejajar dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan Perintah Penutupan Penuh (Total Lockdown), Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan kesemua operasi kaunter perkhidmatannya di seluruh negara ditutup sementara bermula 1 Jun ini sehingga diberitahu kemudian melainkan urusan janji temu bagi perkara kritikal sahaja.
27 Mei 2021
Kenyataan AkhbarSimpanan
KUALA LUMPUR, 27 Mei 2021 –Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memperkenalkan platform terbaharu iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (Virtual Account Opening - VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit TH membuka akaun secara dalam talian. 
24 Mei 2021
Kenyataan AkhbarSimpanan
KUALA LUMPUR, 24 Mei 2021 – Transaksi melalui platform dalam talian jelas menjadi pilihan pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) apabila hampir 80 peratus dari jumlah keseluruhan transaksi kewangan berlaku dalam talian.
23 Mei 2021
Kenyataan AkhbarSimpanan
KUALA LUMPUR, 23 Mei 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan kepada semua pendepositnya yang memilih untuk berurusan di kaunter TH supaya terlebih dahulu membuat janji temu sebelum hadir di mana mana 123 pejabat cawangan TH seluruh Malaysia bermula dari 25 Mei 2021 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Diperketatkan.
10 Mei 2021
Kenyataan AkhbarKorporat
KUALA LUMPUR, 10 Mei 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menasihatkan bakal haji Malaysia agar bersedia sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara tersebut menunaikan ibadat haji pada tahun ini.
7 Mei 2021
BeritaKorporat
PERAK, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM50,000 kepada 125 golongan asnaf fakir dan miskin di bawah Program Ehsan TH di setiap daerah di negeri Perak.
7 Mei 2021
BeritaKorporat
IPOH, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,036,598.40 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis bertempat di Istana Kinta, Ipoh, Perak.