Majlis Serahan Zakat TH 2019 Kepada Zakat Melaka
MELAKA, 22 Disember 2020 - Lembaga Tabung Haji ( TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM2,797,897.60 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Zakat Melaka dalam satu majlis di Dewan Seri Utama, Pejabat T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka.
T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka. telah berkenan menerima bayaran zakat daripada Tuan Haji Mohamed Zahir bin Hussin @ Yusof, Pengarah TH Negeri Melaka.