PELANCARAN TABUNG HAJI DEBIT-I MASTERCARD, BUKU COFFEE TABLE DAN IFIC
Lembaga Tabung Haji (TH) mencipta sejarahnya tersendiri sebagai sebuah institusi Islam bukan perbankan pertama di dunia yang memperkenalkan Tabung Haji Debit-i Mastercard.
Lembaga Tabung Haji (TH) mencipta sejarahnya tersendiri sebagai sebuah institusi Islam bukan perbankan pertama di dunia yang memperkenalkan Tabung Haji Debit-i Mastercard.
Seramai 21 orang pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Tabung Haji. Mereka telah diberikan penerangan pengurusan haji oleh Tuan Haji Mohd Rizzal Haji Khalid, Pengurus Kanan Sistem dan Proses Haji.
Penerbangan terakhir Haji telah selamat tiba di Tanah Air pada jam 5.38 pagi hari ini.
Penerbangan terus kapal Malaysia Airlines MH8277 yang membawa 264 jemaah ini bertolak dari Lapangan Terbang Prince Mohammed, Madinah pada Khamis, 6 November 2014, jam 4.40 petang (waktu Saudi), dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat, 7 November 2014.
YB. Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta pihak pengurusan TH turut hadir menyambut ketibaan para jemaah haji tersebut.
Penerbangan terakhir Haji telah selamat tiba di Tanah Air pada jam 12:30 tengahari pada hari ini.
Penerbangan terus Malaysia Airlines MH8289 yang membawa 460 jemaah ini bertolak dari Lapangan Terbang Prince Mohammed, Madinah pada Selasa, 27 Oktober 2015, jam 11 malam (waktu Saudi), dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu, 28 Oktober 2015.
Seramai 279 orang bakal-bakal haji Sabah menjadi kumpulan pertama dari negeri itu yang berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni.
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 317 orang yang terpilih untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima di tanah suci pada tahun ini, selamat tiba di tanah air malam tadi. Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat penerbangan khas Saudi Airlines SV5410, jam 10.10 malam selepas bertolak dari Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah pada jam 7 pagi waktu tempatan.