Korporat
RM10 Ribu Sumbangan Bakul Makanan TH Untuk Asnaf Sipitang
SIPITANG, 23 Disember 2021 – Seramai 100 keluarga di daerah ini menerima Sumbangan Bakul Makanan TH berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
RUNTUHAN KREN DI MASJIDIL HARAM
Insiden Kren tumbang di Masjidil Haram berlaku pada hari Jumaat, jam 5.00 petang waktu Saudi.
Bermula dengan ribut pasir dan hujan lebat. Kren yang tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie. Kren yang tumbang telah menimpa Bangunan Sa’ie tersebut dan sebahagian daripada rangkanya telah jatuh di bangunan Sa’ei berdekatan dengan mataf.
Sahabat Korporat TH
Program Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) merupakan Platfrom yang menggabungkan pelbagai institusi korporat, swasta dan syarikat perindustrian, besar mahupun kecil untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya bagi kesejahteraan dan keselesaan Jemaah Haji Malaysia.
TH mengucapkan terima kasih di atas perhatian, kerjasama dan sumbangan yang akan diberikan. Semoga sokongan dan kerjasama ini akan terus terjalin pada masa akan datang.
SAHABAT KORPORAT TH SALUR SUMBANGAN BERJUMLAH RM11.2 JUTA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penghargaan kepada Sahabat Korporat TH yang terdiri daripada badan-badan korporat dan syarikat swasta yang telah menyumbang kepada jemaah Musim Haji 2013M / 1434H.
SAMBUTAN BULAN ZAKAT KEBANGSAAN DAN IJTIMA'AMIL KEBANGSAAN 2012
YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis ini turut menyaksikan Tabung Haji menerima anugerah Zakat Kebangsaan Kategori Syarikat GLC yang diwakili oleh YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi untuk menerima anugerah.
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 55 TAHUN
Dua acara utama telah diatur bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 yang dimulakan dengan perbarisan kontinjen-kontinjen terbabit di Dataran Merdeka dan pada sebelah malamnya pula, berlangsung Himpunan Merdeka 55 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan tema 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, perhimpunan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Yang di-Pertuan Agong Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tepat pukul 8 pagi yang disambut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri