TABUNG HAJI BIAYAI SUMBANGAN HADIAH UTAMA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARA UNIVERSITI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 2013
Lembaga Tabung Haji, sebuah institusi pemangkin ekonomi negara yang beriltizam untuk melestarikan ekonomi komuniti Islam Malaysia, membiayai sumbangan hadiah utama Qari dan Qariah berjumlah RM20,000 untuk Majlis Tilawah Al-Quran Antara Universiti Peringkat Kebangsaan Kali Ke – 4 2013 anjuran Yayasan Pelajar Islam Malaysia (YPIM) di Muzium Kesenian Islam, hari ini.