SUMBANGAN TH BANTU PELAJAR ASNAF
Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra’ TH 2016 yang diadakan di Taiping Golf & Country Club, Perak hari ini menandakan selesai sudah Program Iqra’ TH bagi tahun 2016.
Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hisham Harun, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia TH, Tuan Haji Nawawi Ishak, Pengarah TH Negeri Perak, Tuan Haji Aminnudin Mohd Nor, Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama serta anggota TH Negeri Perak.