TH Bayar Zakat Sebanyak RM1.71 Juta Kepada Majlis Ugama Islam Sabah
Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 1,706,981.57 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis di The Maggelan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang Di-pertua Negeri Sabah telah berkenan menerima bayaran Zakat TH daripada YBhg. Datin Nurlaila Said, Pengarah Negeri TH Sabah. Bayaran zakat bagi negeri Sabah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 28.2% berbanding tahun 2017 (RM 1,331,855.04).