TH Bayar RM1.8 Juta Kepada Pusat Zakat Melaka
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 1,838,314.62 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Pusat Zakat Melaka dalam satu majlis ringkas di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyerahkan bayaran zakat kepada TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaacob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Pembayaran zakat bagi negeri Melaka ini mencatatkan peningkatan sebanyak 13.83% berbanding RM 1,614,922.71 (2016).