LEMBAGA TABUNG HAJI LAKSANA PROJEK IQRA' KLUANG
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2013 bagi Peringkat Johor. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Hotel Prime City, Kluang, Johor.
Pada majlis yang diadakan hari ini, sejumlah 314 pelajar miskin dan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan. Jumlah keseluruhan sumbangan yang disalurkan adalah bernilai RM157,000. Setiap seorang pelajar terpilih telah menerima sumbangan zakat pendidikan berjumlah RM500.00 yang berupa kelengkapan sekolah dan juga wang tunai.