Corporate
MAJLIS KESYUKURAN TAMAT OPERASI HAJI 1433H
Lembaga Tabung Haji mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Tamatnya Operasi Haji Musim 1433 Hijrah sebagai tanda kesyukuran atas hasil kejayaan Tabung Haji dan rakan-rakan strategiknya dalam menguruskan operasi haji pada tahun ini. Majlis ini juga adalah untuk merakamkan tanda penghargaan Tabung Haji kepada pihak-pihak yang telah bersama-sama menjayakan operasi haji di Tanah Air dan Tanah Suci.
Majlis ini dihadiri oleh lebih 300 orang petugas dan wakil dari 33 agensi dan Syarikat swasta yang telah terbabit di dalam operasi haji tahun 1433 Hijrah yang baru saja berakhir.
MAJLIS KESYUKURAN TAMAT OPERASI HAJI 1433H
Lembaga Tabung Haji mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Tamatnya Operasi Haji Musim 1433 Hijrah sebagai tanda kesyukuran atas hasil kejayaan Tabung Haji dan rakan-rakan strategiknya dalam menguruskan operasi haji pada tahun ini. Majlis ini juga adalah untuk merakamkan tanda penghargaan Tabung Haji kepada pihak-pihak yang telah bersama-sama menjayakan operasi haji di Tanah Air dan Tanah Suci.
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR INTEGRITI KORPORAT TABUNG HAJI
Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Lembaga Tabung Haji telah diadakan. Majlis ini menyaksikan pemeteraian Ikrar Integriti Korporat di antara Tabung Haji yang diwakili YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji kepada wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, YBhg. Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya. Majlis ini turut dihadiri YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi TH dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM).
MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA PETUGAS HAJI ADVANCE PARTY KE TANAH SUCI
Lebih 70 orang petugas Tabung Haji termasuk 27 orang petugas media dari TV Alhijrah, TV9, Bernama, Astro dan lain-lain agensi telah berangkat ke Tanah Suci. Petugas-petugas ini bertolak awal bagi membuat persiapan menerima jemaah haji bagi musim bagi Haji 1433H. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada petugas-petugas.
MAJLIS MERAIKAN KUNJUNGAN TAN SRI SHEIKH ZUHAIR ABDUL HAMID SADAYU, KETUA MUASSASAH ASIA TENGGARA
Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, Pengerusi Tabung Haji dan Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji menerima kunjungan hormat Ketua Muassasah Asia Tenggara Arab Saudi, Tan Sri Sheikh Zuhair Abdul Hamid Sadayu di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini. Lawatan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengukuhkan lagi hubungan baik sedia ada terjalin.
MAJLIS PECAH TANAH KOMPLEKS HAJI DAN TH HOTEL KUCHING SARAWAK
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Pecah Tanah Kompleks Haji Dan TH Hotel Sarawak yang bertempat di Lot 239 & 587, Blok 11, Kuching Central Land, Kuching, Sarawak. Majlis pecah tanah tersebut telah disempurnakan oleh YAB. Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dan turut dihadiri oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.