Corporate
PENGERUSI TH MENERIMA PENGANUGERAHAN 'JEWELS OF MUSLIM WORLD AWARD'
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini menerima 'Jewel of Muslim World Awards' diatas sumbangan terhadap proses Pembangunan Modal Insan Negara, selain memainkan peranan dalam memperkasakan kebajikan Islam.
PENGERUSI ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM AB KHALID MD YUSOF
Yang Berhormat Dato' Sri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini mengadakan lawatan dan menziarahi keluarga Allahyarham Ab Khalid Bin Md Yusof, 59, di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Allahyarham Ab Khalid dilaporkan telah meninggal dunia pada 16 September 2014 jam 6.30 petang (waktu Saudi) akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham telah diuruskan oleh para petugas TH di Makkah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ek di Makkah.
PENGGABUNGAN PERKHIDMATAN TH BERSAMA BANK ISLAM DI KUALA PILAH
TH telah mengorak langkah melalui satu usaha sama strategik bermatlamat untuk memberikan pilihan dan nilai tambah perkhidmatan yang lebih cemerlang, di mana pendeposit TH boleh melaksanakan transaksi TH di kaunter dan pusat perbankan elektronik di Bank Islam bagi semua perkhidmatan TH (simpanan, pengeluaran, pendaftaran haji, pembukaan akaun baru dan kemas kini buku akaun TH).