Corporate
TABUNG HAJI SERAH ZAKAT BERJUMLAH RM70,000 DI BAWAH PROJEK EHSAN NEGERI SABAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan majlis penyampaian zakat berjumlah RM70,000.00 di bawah Program Ehsan TH sempena Ramadan 1434H ini kepada 140 orang golongan asnaf dari seluruh Negeri Sabah. Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi TH yang diadakan di TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
TABUNG HAJI SERAH ZAKAT PERNIAGAAN 2012 KEPADA LEMBAGA ZAKAT SELA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berjumlah RM10,907,614. 88 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.
Zakat Perniagaan TH Negeri Selangor telah dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor yang telah berkenan untuk menerima persembahan tersebut bagi pihak Lembaga Zakat Selangor.
TABUNG HAJI SERAH ZAKAT PERNIAGAAN 2012 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang berjumlah RM3,482,600.41 bertempat di PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
Zakat Perniagaan TH Negeri Kelantan telah dipersembahkan oleh Tuan Hj. Abdul Halim Md. Jamil, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran TH, kepada Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan yang telah berkenan untuk menerima persembahan tersebut bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.