Corporate
TH SERAH SUMBANGAN BERJUMLAH RM100 RIBU BAGI PENGANJURAN SELAWAT PERDANA 1435H / 2014M
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan sumbangan sejadah yang bernilai RM100 ribu sebagai tanda sokongan serta menyemarakkan lagi penganjuran Selawat Perdana 1435H/2014M - Malam Cinta Allah dan Rasul, dalam satu majlis ringkas di sini. Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH kepada Encik Shahrul Nasrun Dato' Haji Kamarudin, Setiausaha, Sekretariat Selawat Perdana 1435H/2014M.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN 2014 BAGI NEGERI PAHANG
Lembaga Tabung Haji (TH), institusi Islamik negara hari ini menyempurnakan siri jelajah pembayaran zakat perniagaannya di Pahang dengan penyerahan zakat berjumlah RM2,783,337.15, dalam satu majlis di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BAGI TAHUN 2014 KEPADA NEGERI KEDAH
Lembaga Tabung Haji (TH), institusi Islamik negara hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3,977,165.86 bagi tahun 2014 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah, dalam satu majlis di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA LEMBAGA ZAKAT MELAKA
Lembaga Tabung Haji (TH) presented a zakat amounting RM 1,614,922.71 for the financial year ended 2016 to Lembaga Zakat Melaka (LZM) in a ceremony at Dewan Seri Utama, TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Office.
TH zakat payment was presented by YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, TH Chief Operating Officer to TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob and witnessed by Melaka Chief Minister, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron. TH zakat for Melaka recorded an increase of 4.02% compared to RM1,552,520.41 in 2015.