Corporate
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM5.04 JUTA KEPADA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2013 berjumlah RM5,044,962.84 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) dalam satu majlis ringkas di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
Pembayaran zakat bagi Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan sebanyak 18 peratus (2012: RM4,274,611.38), yang turut merupakan negeri yang mencatatkan peratusan tertinggi bagi tahun tersebut berbanding negeri-negeri lain.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN SARAWAK
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat
perniagaannya berjumlah RM1.01 juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Tabung
Baitulmal Sarawak dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shukry Mohd
Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pembayaran ini mencatatkan
peningkatan sebanyak 2.51peratus berbanding RM985,162.09 (2014).
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN TERENGGANU
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3.89 juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam satu majlis ringkas di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Kuala Terengganu.
YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
telah menyerahkan zakat tersebut kepada YB. Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail,
Yang Dipertua MAIDAM.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN WILAYAH PERSEKUTUAN & KEDAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun kewangan 2015 kepada dua Pusat Pungutan Zakat (Wilayah Persekutuan RM5.90juta; Kedah RM4.07juta) berjumlah RM9,97juta dalam satu majlis penyerahan zakat di Istana Negara.