Rifina Md Ariff
Pengurus Besar Kanan Kewangan Korporat & Perkhidmatan
Rifina Md Ariff dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan Kewangan Korporat & Perkhidmatan TH pada 15 Disember 2014. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pelaburan, kewangan korporat dan perbankan. Kerjaya beliau bermula sebagai Pegawai Kanan di Permata Merchant Bank pada tahun 1990. Dalam tempoh 1994 hingga 2000, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Kanan di Amanah Saham Mara Berhad dan kemudiannya di Affin Merchant Bank Berhad sebagai Timbalan Naib Presiden, sebelum menyertai TH pada tahun 2002. Pada tahun 2009, beliau telah dipinjamkan ke syarikat Pelikan Vertriebsgesellschaft mbH & Co. KG, Hannover, German selama 4 tahun sebelum kembali berkhidmat di TH pada Julai 2013.
Beliau dilantik sebagai wakil pengarah TH dalam beberapa Lembaga Pengarah syarikat. Antaranya adalah BIMB Holdings Berhad, TH Marine Sdn Bhd dan TH Alam Holdings (L) Inc. dan LTH Property Investment (L) Inc.. Beliau juga adalah Pengarah dalam syarikat TH di Kepulauan Jersey antara lain Leatherhead Properties Ltd dan LTH Property 2 Limited.