PENYERAHAN ZAKAT TH NEGERI SEMBILAN 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM2,040,443.38 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas di Klana Resort, Seremban, hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM2,040,443.38 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas di Klana Resort, Seremban, hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM2,809,096.64 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam satu majlis ringkas di pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan, Pahang.
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM600,527.89 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam satu majlis ringkas di Istana Arau, Perlis, hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM1,030,264.85 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Tabung Baitulmal Sarawak dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri, Kuching, Sarawak, hari ini.
YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH menyerahkan Zakat TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pembayaran zakat bagi Negeri Sembilan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 2.02% berbanding RM1,009,905.14 pada tahun 2015.
Untuk menyertai peraduan Foto Kreatif Malaysiaku, sila "LIKE" & "FOLLOW"
Facebook Tabung Haji.
Seramai 20 orang anggota Tabung Haji (TH) telah terlibat dalam perbarisan Sayangi Malaysiaku, perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 di Putrajaya.
TH yang berbaris bersama 37 GLC dan Sektor Swasta yang lain diselaraskan oleh Khazanah Nasional pada tahun ini.
Dengan bertemakan Sayangi Malaysiaku, perbarisan ini turut disertai kontijen 1 GLC dan Sektor Swasta dengan kekuatan 800 anggota dan diketuai oleh Malaysia Airlines (MAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di barisan hadapan.
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Perasmian Kompleks Haji dan TH Hotel and Convention Centre (THCC) yang bertempat di Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Terengganu Darul Iman telah berkenan berangkat untuk menyempurnakan majlis perasmian tersebut.
Perasmian Persidangan Pengarah TH Negeri dan Daerah Zon Borneo telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Turut hadir YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah TH dan Pengurus TH Negeri Sabah dan Sarawak.