PENERBANGAN TERAKHIR JEMAAH HAJI MALAYSIA KE TANAH SUCI
Penerbangan terakhir Jemaah Haji Malaysia KT69 seramai 489 jemaah telah selamat berlepas ke Tanah Suci pada hari ini.
Turut hadir di Lapangan Terbang Antaranbangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan terakhir ini ialah YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta barisan pengurusan TH.