Korporat
PENGGABUNGAN PERKHIDMATAN TH BERSAMA BANK ISLAM DI KUALA PILAH
TH telah mengorak langkah melalui satu usaha sama strategik bermatlamat untuk memberikan pilihan dan nilai tambah perkhidmatan yang lebih cemerlang, di mana pendeposit TH boleh melaksanakan transaksi TH di kaunter dan pusat perbankan elektronik di Bank Islam bagi semua perkhidmatan TH (simpanan, pengeluaran, pendaftaran haji, pembukaan akaun baru dan kemas kini buku akaun TH).
Pengiraan Hibah TH 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa pengiraan Hibah 2017 adalah berdasarkan baki purata minima bulanan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Pendeposit boleh menyemak pengkreditan Hibah 2017 mulai Isnin, 12 Februari 2018.