TABUNG HAJI SERAH ZAKAT PERNIAGAAN 2012 KEPADA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang yang berjumlah RM2,446,132.65 di Istana Mahkota, Kuantan, Pahang.
Zakat Perniagaan TH Negeri Pahang telah dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH, kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang telah berkenan untuk menerima persembahan tersebut bagi pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.