TH Agih Sumbangan RM3 Juta Kepada 25 Masjid Terpilih Seluruh Negara
KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan majlis penyerahan sumbangan kenderaan dwifungsi – yang boleh digunakan sebagai van jenazah dan membawa penumpang; kepada 25 masjid terpilih seluruh negara bernilai kira-kira RM3 juta.