Korporat
TH Agih Sumbangan RM3 Juta Kepada 25 Masjid Terpilih Seluruh Negara
KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan majlis penyerahan sumbangan kenderaan dwifungsi – yang boleh digunakan sebagai van jenazah dan membawa penumpang; kepada 25 masjid terpilih seluruh negara bernilai kira-kira RM3 juta.
TH AGIH ZAKAT PENDIDIKAN MENERUSI PROGRAM IQRA’
Pengarah TH Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Abas telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra’ anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Mutiara, TH Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini.
Di dalam majlis tersebut, TH telah mengagihkan zakat pendidikan bernilai RM 500 setiap seorang kepada 310 orang pelajar asnaf di Pulau Pinang. Selain itu, mereka juga menerima barangan kelengkapan sekolah seperti bag, kasut dan pakaian sekolah.
TH Anjur HISHAJ Di Lebih 70 Masjid Eratkan Silaturahim Jemaah Haji
KLANG, 8 SEPTEMBER 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menganjurkan Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) secara berperingkat di lebih 70 buah masjid terpilih di seluruh negara bermula daripada 31 Julai sehingga 8 September 2024.
Dengan mengangkat tema “Haji dan Hijrah”, program ini menghimpunkan kembali para jemaah haji bagi tahun 1445H yang lalu dengan tujuan untuk memperkukuh jalinan silaturahim ke arah jemaah haji yang soleh dan musleh.