Haji
TH Lancar e-Taib Mudahkan Jemaah Haji
KUALA LUMPUR, 6 Disember 2021 - YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 bagi Musim Haji 1443H yang bermula hari ini 6 hingga 8 Disember 2021.
TH Lantik 22 Syarikat Sebagai Pengelola Jemaah Haji Musim 1442H|2021M
KUALA LUMPUR, 25 Mac 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi lesen haji kepada 22 buah syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2021.
TH Menyampaikan Sumbangan Khairat Kematian kepada Isteri Allahyarham Abdullah Munsi Bin Abdul Rahim
Isteri dan waris kepada Allahyarham Abdullah Munsi Bin Abdul Rahim yang meninggal dunia di Makkah pada 19 Ogos lalu telah diziarahi oleh wakil dari Pejabat TH Negeri Sembilan bertempat di Bandar Seremban Selatan pada jam 3:00 petang.
TH Menyampaikan Sumbangan Khairat Kepada Waris Allahyarham Haji Muhammad Bin Nadina @ Nyadina
Waris kepada Allahyarham Haji Muhammad Bin Nadina @ Nyadina yang meninggal dunia di Makkah pada 4 September lalu diziarahi oleh wakil dari Pejabat TH Johor bertempat di Kampung Jawa, Segamat Johor pada jam 12:30 tengah hari.
Dalam sesi ziarah tersebut, Timbalan Pengarah Negeri, Mustafa Kamal Bin Abdul Latif telah menyerahkan sumbangan khairat kematian berserta cenderahati berupa air zam-zam kepada waris Allahyarham iaitu anaknya Suhana Muhammad. Turut diadakan majlis bacaan tahlil yang dipimpin oleh PEKTA TH Segamat, Ustaz Keni Bin Miskon.
TH Menyampaikan Sumbangan Khairat Kepada Waris Allahyarhamah Hajijah @ Sahan Saini
Waris kepada Allahyarhamah Hajijah @ Sahan binti Saini yang meninggal dunia di Makkah pada 19 Ogos lalu diziarahi oleh wakil dari Pejabat TH Sarikei bertempat di Kampung Tuie Spaoh, Betong, Sarawak pada jam 1:00 petang.
Dalam sesi ziarah tersebut, Pengurus TH Sarikei, Tuan Haji Madehi bin Mahdan telah menyerahkan sumbangan khairat kematian berserta cenderahati berupa air zam-zam kepada waris Allahyarhamah, Haji Hamri bin Jawi. Turut diadakan majlis bacaan tahlil yang dipimpin oleh Tuan Haji Suhaili bin Arabi, Imam Masjid Ar-Rahmah, Sarikei.
TH Menziarahi Waris Allahyarham Awang Omar bin Awang Narawi di Sarawak
Rabu, 15 Ogos 2018 - TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarham Awang Omar Bin Awang Narawi. Sesi ziarah ini diwakili oleh Timbalan Pengarah TH Negeri Sarawak, Tuan Haji Mohammad bin Salim di kediaman Allahyarham di Kampung Melayu Tebakang, Serian, Sarawak.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut mengadakan tahlil ringkas serta menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam-zam dan kurma kepada waris Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.