TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39
SEPANG, 8 NOVEMBER 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) telah memulakan persediaan bagi Musim Haji 1444H dengan mengadakan Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) Kali Ke-39 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini.
Muzakarah Haji yang bertemakan ‘Akidah Sejahtera Asas Kemabruran Haji’ berlangsung selama tiga hari bermula dari 7-9 November 2022 dan dirasmikan oleh Pengerusi TH, YBhg Tan Sri Azman Haji Mokhtar.