TH Memeterai Perjanjian Bersama Syarikat Penerbangan Saudia Airlines
KUALA LUMPUR, 14 Februari 2025 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah memeterai perjanjian bersama syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas yang akan membawa jemaah haji negara ke Tanah Suci dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini 2025 sehingga 2029 bagi memberikan perkhidmatan haji terbaik kepada Jemaah Haji Malaysia.