Haji
TH Teruskan Bantuan Bersasar Bagi Musim Haji 1446H/2025M
KUALA LUMPUR, 16 DISEMBER 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim 1446H/2025M kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji.
TH Ziarah Waris Allahyarham Amil Abdullah Di Johor
Pejabat TH Negeri Johor hari ini mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji pertama yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 19 Julai lalu, iaitu Allahyarham Amil bin Abdullah, 63 tahun. Ziarah dilakukan pada pukul 2:30 petang bertempat di Taman Jaya Putra Perdana, Johor Bahru.
Sesi ziarah ini bertujuan menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan TH kepada keluarga serta waris Allahyarham yang kehilangan orang tersayang.
TH Ziarah Waris Allahyarham Mastam Rais yang Meninggal Dunia di Tanah Suci Makkah
Pejabat TH Negeri Melaka hari ini mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah iaitu Allahyarham Mastam bin Rais, 78 tahun. Ziarah dilakukan pada pukul 3:00 petang bertempat di Sungai Rambai, Melaka.
Sesi ziarah dilakukan oleh Timbalan Pengarah TH Melaka, Tuan Haji Noramat Abd Rahman bersama beberapa pegawai lain.
Semasa sesi ziarah, turut diadakan tahlil ringkas dan penyerahan wang khairat beserta cenderahati kepada anak perempuan Allahyarham, Puan Noorlela Mastam. Sesi ziarah berakhir pada pukul 4:15 petang.