Haji
DYMM Sultan Kedah Ucap Selamat Jalan kepada 150 Jemaah Haji Kedah
ALOR SETAR, 17 Julai 2018: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah hari ini berkenan menyempurnakan majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji dari Negeri Kedah ke Baitullahhilharam bagi Musim Haji 1439H/2018M yang berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah.
Penerbangan KT06K yang membawa 150 jemaah dari Alor Setar ini dijadualkan berlepas ke KLIA pada 9.46 malam dan seterusnya ke Madinah pada pukul 1.45 pagi.