Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut ketibaan kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia dari tanah suci bagi Musim Haji 1440H/2019M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penerbangan balik kumpulan pertama yang terdiri daripada 479 jemaah haji ini turut disertai YBhg. Tan Sri Md. Nor Md. Yusof, Pengerusi TH.