Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Mencemar Duli Berkenan Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Negeri Kedah Ke Tanah Suci Musim 1440H | 2019M
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darulaman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Al-Marhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darulaman berkenan mencemar duli berangkat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang bakal Jemaah Haji Negeri Kedah di Dewan Baiduri, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar hari ini.