Balai Berita

2012

July 2012

31 July 2012 News | Corporate
MAJLIS IHYA RAMADAN


19 July 2012 News | Corporate
MAJLIS PENGHARGAAN & PENUTUPAN PROJEK SVS

Majlis Penghargaan dan Penutupan Server Virtualization & Consolidation and Security Management telah diadakan bagi mengenang kerjasama di antara Tabung Haji dan agensi-agensi terlibat seperti Mesiniaga, IBM, Feiran, BDO dan CSC. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Yassin Tahir, Ketua Teknologi Maklumat.

14 July 2012 News | Corporate
MAJLIS KECEMERLANGAN KELAB TAHA 2011

Seramai 100 orang Kelab TaHa yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM telah diraikan dalam satu majlis anjuran Tabung Haji dan Berita Harian. Pelajar berkenaan menerima wang tunai yang telah dikreditkan dalam akaun tabung haji, sijil penghargaan dan plak daripada YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji.

12 July 2012 News | Corporate
LAWATAN SAUDI CREDIT AND SAVINGS BANK, KINGDOM OF SAUDI ARABIA BATCH KE-2

Kakitangan Saudi Credit and Savings Bank (SCSB), Kingdom of Saudi Arabia Batch ke-2 seramai 27 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji. Taklimat telah diberikan oleh Hajah Zaiton Mohd Yusof, Bahagian Simpanan & Pengeluaran dan turut disertai wakil Jabatan Haji dan Jabatan Pelaburan.

12 July 2012 News | Corporate
MAJLIS PENGHARGAAN DAN GRADUASI SLIM

Lembaga Tabung Haji telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Graduasi SL1M Tabung Haji. YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta SL1M sesi pertama. Majlis ini turut dihadiri YBhg, Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi dan pengurusan kanan Tabung Haji.

10 July 2012 News | Corporate
COPE OPPORTUNITIES TO SIGNING CEREMONY BETWEEN CAHYA MATA SARAWAK DAN TH

TH telah memeterai perjanjian dengan CMS Opus Private Equity Sdn Bhd untuk melaksanakan Program Ekuiti Persendirian Bumiputra (Bumiputra Outsourced Private Equity). Program ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing syarikat-syarikat Bumiputra Islam untuk lebih berdaya maju dalam perniagaan.

6 July 2012 News | Corporate
MALAM ANUGERAH DAN PENGHARGAAN TH 2012

YBhg. Tan Sri Dato' Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor merasmikan Majlis Malam Anugerah Dan Penghargaan Anggota Tabung Haji Tahun 2012 di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa.

6 July 2012 News | Corporate
LAWATAN PENGURUSAN TH KE BERNAMA

YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji telah mengetuai rombongan Pengurusan Tertinggi Tabung Haji melawat BERNAMA. Rombongan berkenaan telah diberikan penerangan oleh YBhg. Datuk Hasnul Hassan, Pengurus Besar BERNAMA dan kemudiannya dibawa melawat ke bilik berita dan bilik radio.

5 July 2012 News | Corporate
LAWATAN SAUDI CREDIT AND SAVINGS BANK (SCSB), SAUDI ARABIA

Saudi Credit and Savings Bank (SCSB), Kingdom of Saudi Arabia Batch 1 seramai 27 orang telah mengadakan lawatan ke Tabung Haji. Rombongan ini telah diberikan taklimat mengenai Simpanan & Pengeluaran oleh Hajah Zaiton Mohd Yusoff.

4 July 2012 News | Corporate
LAWATAN PEJABAT SHEIKHUL ISLAM CAWANGAN SONGKHLA, THAILAND

Pejabat Sheikhul Islam Cawangan Songhkla, Thailand seramai 27 orang telah mengadakan lawatan ke Tabung Haji. Delegasi ini disambut dan diberikan taklimat oleh Tuan Haji Mat Admara Alang Azizdin, Pengurus Besar Agensi Haji.